* Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh utama kejayaan.
    * Tidak bermotivasi.
    * Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
    * Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
    * Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
    * Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
    * Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
    * Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
    * Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
    * Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
    * Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
    * Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
    * Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
    * Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
    * Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
    * Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
    * Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
    * Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
    * Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
    * Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
    * Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
    * Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
    * Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran. 
    * Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah. 
    * Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
    * Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.
Ciri-ciri Pelajar yang Gagal
Posted by masyietah Labels: http://www.geocities.com/pendidikmy/cemerlang2.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment